Uwwaaa tak sempat nak update!!
Story Of My Life - My Little Family
Written by aLdriNa   
Tuesday, 16 September 2008
huk!! busy giler lately..tak sempat nak update... tension...penat.. lelah..semer ade...ntah naper ntah... nih baru dpt lepak jap depan pc dengan tenang... tapi tak tahu nak tulis ape plak... isk!!~

1st aku busy sebab skrg musim nak raya..ramai orang naik kedai aku cari baju raya lah..cari itu ini.. buat facial la..alhamdulillah...

2nd... aku penat sangat sebab aku sensorang buat semua mender dlm satu masa... tingin nak amik helper.. tapi ekonomi tak berapa elok.. dari aku bagi rm300 utk helper baik aku buat sendiri... tapi tu la... macam nak pengsan kekadang tuh... dengan nak layan kerenah budak notty dua orang tuh..dengan nak uruskan hal rumahtangga aku...rumah sepah macam tongkang pecah dari pintu masuk sampai belakang rumah... dengan nak layan moody daddy lagi... hurmmm...

3rd.. diet challenge aku?? ahaks!! still going on despite dah hampir setengah bulan puasa.. berat aku sekarang adalah 69kg yer kengkawan... tuh berat aku masa sebelum pregnant danish dan faris..seronok sangat ok... ukuran baju raya aku kene alter balik bebaru nih balik kampung.. mujurlah mak aku baik hati tukar design sekali..mula tuh dah siap dah ..buat baju kurung kedah... cam besar sgt n nampak cam tua jer.. aku tukar jadi baju kebaya labuh..hehehe... best kan dpt mak mertua baik hati cam gini....target raya nih turun 65kg pon oklah... nanti kahwin teh aku target lah turun lagi 5kg tuh...

4th really looking foward nak buka puasa reramai kat nelayan titiwangsa hujung minggu nih ngan bebudak speedfinger portal ... maklumlah setahun sekali baru jumper... kire excited gak.. harap2 aku tak luper diri lah biler tengok makanan nanti...isk!!~

nanti sambung lagi... nak tidow...




 
Tag By Si peti Sejuk
General - Tag
Written by aLdriNa   
Friday, 05 September 2008

1. Copy gambar smiley kat bawah then post it into ur blog.

2. Tag pada min of 5 other bloggers [muslim] yang anda kenal who will then tag minimumnya pada 5 other bloggers.

3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka utk bgtau yg diorang dah kena tag.



Next:

1.Diana
2.cujie
3. Bat3sya
4.Lia
5.Kak Nora


hehehe...


 
Salam Ramadhan Al Mubarak..
Story Of My Life - Me, Myself n' I
Written by aLdriNa   
Friday, 05 September 2008


Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


 
Jom layan gambar!!!
Story Of My Life - My Little Family
Written by aLdriNa   
Sunday, 31 August 2008

gambar - gambar nih actually dah lama bertapa dalam hp aku kononnyer nak update blog nanti nak guna... tapi biler kemalasan menjelma.. otak pon blank jer ..nak tulis pepanjang.. so layan gambar je lah yer.. most of the pics amik masa kat kampung hari tuh...

The Many faces of my happy little family...

 

saper ikut muker siapa?just love this pic... :P

 
Busana Lavender
My Interests - Business
Written by aLdriNa   
Friday, 29 August 2008

Sebelum nih ramai tanyer ape yang aku buat.. keje sendiri ke..bisnes ape.. jual ape.. pastu ade yg tertanyer tanyer.. busana lavender tuh ape... nih finally aku nak citer sket...

 

Busana Lavender nih adalah kedai butik baju aku.. actually share ngan makcu aku.. tapi most of it aku yang handle kedai nih bahagian sales.. decoration.. stock ..account.. so aku jadi the main owner of ther shop lah kan... makcu aku suker gi oversea je amik stock baju kat sane pastu letak kat kedai utk dijual..most of the stock kitorg amik dari Saigon Vietnam, korea, Beijing China, Medan dan Jakarta Indonesia and of course lah kuala lumpur, malaysia.

 

oh yer.. ape yang aku jual? Jubah, Jubah Seluar, baju kurung, baju kebaya, baju blouse, t shirt , baju melayu, baju smocking, tudung, telekung, aksesori wanita, keronsang, gelang, barangan perhiasan rumah, cadar, alas meja, langsir etc.. pastu aku juga jadi pengedar rasmi Sendayu Tinggi. selain dari sendayu tinggi, aku ada jual produk kesihatan dari keluaran Dnavechee, intra, herbalife, jus diet mate5 dan phytofiber. pastu aku juga amik order dari katalog utk customer2 yang malas nak kuar dari kawasan kuarters KLIA nih utk gi stokis AVON, Nutrimetics dan Tupperware. huh!~ 



nih la tempat customer2 aku duduk untuk dapatkan khidmat pertanyaan tentang produk2 sendayu tinggi.. order barang.. or even just datang nak lepak borak2 ngan aku... hehehehe... baju2 yang gantung tuh adalah stok terbaru untuk raya tahun nih... huhuhu... oh yer.. aku ade gak buat facial treatment dan make up untuk function2 dinner, tunang, kahwin.. so far byk job utk dinner la.. huhuhu kahwin2 lom lagi sebab aku sendiri tak complete lg accesories nyer .. except bulan nov nih time teh kahwin..aku try mekap kan dia utk nikah.. hehehe...


 
hasil tangan danish
Story Of My Life - My Little Family
Written by aLdriNa   
Wednesday, 27 August 2008

 

gambar2 yang dibawah adalah hasil kerja danish tangkap guna camera aku... terer kan.. abis penuh gambar die tangkap ntah ape ape ntah....









actually byk lagi gambar nyer... tapi kabur.. so nih antara gambar yang die berjaya tangkap ngan clear..huhuhu... syok sendiri yer danish cam mummy..sker tangkap gambar sendiri...

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 49 - 54 of 155

This is me...



Name:
Yanie Nicks: aLdriNa Age: 27 Marital Status: Happily Married Place of Origin: Putrajaya. Occupation: Fulltime Housewife & a mummy of 2 notty but adorable little boys ;p~ Expertise: Shopping + shopping + shopping

Contact: elle_lis(at)yahoo.com YM ID: elle_lis

My Pride & Joy

Mummy's Pride & Joy

My Tickers

Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie 3rd Birthday Ticker

Lilypie 2st Birthday Ticker

Music of the week

Artist: Nubhan
Song: Ada untukmu

My Adores

Food: Chocolate, Cake, Ice Cream
Drink: Lychee, Tembikai
Colour: Pink & Purple
Novelist: Ahadiat Akashah , Judith McNaught n Norhayati Berahim

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Recommended


Speedfinger Portal

http://eddie.bumicyber.org/images/stories/theoppositestory.jpg

http://eddie.bumicyber.org/images/stories/Lavenderiklam.jpg

Ruangan Iklan

MyBlogLog widget