Home arrow Story of My Life arrow Me, Myself n' I
Me, Myself n' I
Jika isteri menangis dihadapanmu….. PDF Print E-mail
Me, Myself n' I
Written by aLdriNa   
Friday, 06 August 2010

Got this from FB recently... the words is so touching...

 

Jika isteri menangis dihadapanmu….
hargai lah ia sebelum terlewat…


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu..
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

 

p/s: hiks!! jgn lepas nih tetiba ade yg komen kononnyer aku gaduh ngan laki aku lagi dah ler.... hahahaha .. my husband ..alhamdulillah.. is a very toughtful man...


 
tak sabar nyer nak tunggu.... PDF Print E-mail
Me, Myself n' I
Written by aLdriNa   
Tuesday, 18 May 2010

hehehe..cube teka tak sabar ape tuh...

.

.

....

.............

.....................

.......................................

.....................

.................

.........

.... 

jeng jeng keng... bulan june nih ade dua movie yang memang sgt2 aku tunggu..tak kire nak gak tengok kat wayang ...sebab nak ada feel... pastu baru suh abang download.. kalau ade la...

first movie..

Lagenda Budak Setan - 

 

 

 

huhuhu...novel nih puluh kali aku baca time2 zaman sekolah gituh.. memang jiwang and feeling habis la masa tuh..berangan jadi "ayu" hhihihiihihi... 

yang lagi satu...

"TWILIGHT SAGA - ECLIPSE"...

 

 

nih sebab ada edwaaarddd..... hehehehe.... 10 kali tengok twillight dan new moon... memang tak bosan...escpecially biler ade Edward lah.. hehehehe..  

 p/s: abang... hadiah anniversary tahun nih yanie nak kiter gi tengok midnight ye ..muasshhh!!~


 
Suami, Isterimu bukan kuli... PDF Print E-mail
Me, Myself n' I
Written by aLdriNa   
Monday, 10 May 2010
Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa perempuan itu dua macam iaitu perempuan yang kebiasaannya mempunyai pembantu (khadam) dan perempuan yang tidak mempunyai pembantu. Oleh yang demikian menurut mazhab Syafi‘è tidak wajib menyediakan pembantu bagi isteri jika suami tidak mampu. Walau bagaimanapun suami dituntut menyediakan pembantu jika isteri dari keluarga yang kebiasaannya mempunyai pembantu. (Raudhah At-Talibin: 6/453-455) Dalam hal ini, suami juga dituntut (wajib) membayar nafkah bagi pembantu tersebut seperti bayaran gaji, makan minum dan pakaian (sekali setiap enam bulan). (Raudhah At-Talibin: 6/453-455)

Pekerjaan yang wajib dilakukan oleh seorang pembantu isteri itu hanyalah mengenai hal-hal yang khusus dan diperlukan oleh isteri sahaja seperti menyediakan makan minum isteri, membasuh pakaian isteri, memasak makanan isteri dan mengangkat air untuk mandian dan untuk minuman.

Ada ulamak menyebutkan bahawa kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, bukanlah menjadi kewajipan isteri dan pembantu tersebut; isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela, bahkan ia adalah tugas suami sendiri atau ditangani oleh orang lain dengan cara upah dan sebagainya. (Al-Majmuk: 19/369 & I‘anah At-Thalibin: 4/114-115). Hukum ini adalah hasil ijtihad ulamak dan ia bertentangan dengan urf atau kebiasaan dalam masyarakat. Sedangkan urf dan kebiasaan itu boleh dipakai dalam menentukan dan menetapkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya, tetapi bukan sebagai kewajipannya yang mutlak.

Beberapa alasan berikut juga boleh dijadikan hujah:

1. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman kepada para isteri yang tafsirnya, “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)

Sebahagian ulamak tafsir menta’wilkan ayat di atas, supaya para isteri berkhidmat dengan baik ke atas para suami sepertimana para isteri berbuat taat kepada suami mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. (At-Thabari: 2/613-614)

Pengarang kitab Fatawa Mu‘asyirah ada menyebutkan mengenai maksud perkataan al-makruf dalam ayat di atas, beliau berkata yang maksudnya, “Khidmat seorang isteri kepada suaminya adalah makruf (kebaikan). Adapun membuat perempuan (isteri) itu bersenang-senang sementara lelaki melaksanakan urusan rumah seperti menyapu, mengisar gandum, menguli tepung, membuat roti, membasuh … (lain-lain lagi), bukanlah perkara yang makruf, (kerana) lelaki itu bekerja dan membanting tulang di luar rumah, maka demi keadilan sewajarnya wanita berperanan melaksanakan tugas-tugas rumah tersebut. (Fatawa muàsyirah: 1/506)

2. Suami adalah qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri sebagaimana disebutkan dalam firman Allah Ta‘àla yang tafsirnya, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita.” (Surah An-Nisaa’, ayat 34)

Oleh yang demikian, isteri hendaklah menjaga kepentingan suami. Maka jalan yang serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya orang Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah manakala suami pula hanya membantu. Tidaklah menjadi kesalahan, jika ada suami yang berminat dan bersedia melakukan kerja-kerja di rumah seperti kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, kerana Rasulullah SAW juga melakukan perkara-perkara tersebut, sementara isteri pula bekerja di luar seperti berniaga dan sebagainya di atas kerelaan suami isteri.

3. Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan kehidupan harian Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai suami dan isteri, yang masing-masing itu memberi khidmat dan bantu membantu antara satu sama lain; Rasulullah SAW dalam membantu dan menolong ahli keluarga Baginda telah dijadikan contoh tauladan oleh umat manusia. Baginda sebagai seorang Rasul sekaligus sebagai pemimpin negara tidak camah mata kepada ahli keluarga Baginda.

Ini terbukti dalam satu riwayat daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk sembahyang (ke masjid).” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Hadis diatas disokong lagi oleh hadis-hadis lain yang menceritakan Baginda SAW sendiri membuat kerja-kerja rumah seperti menjahit baju, mencuci pakaian, menampal kasut, memerah susu dan lain-lain, sebagaimana riwayat daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada seorang lelaki katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri telah menjahit baju dan menmpal kasut atau seumpama ini.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam riwayat yang lain yang maksudnya, “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri menjahit bajunya dan menampal kasutnya, dan Baginda juga membuat pekerjaan yang dibuat oleh kebanyakkan orang lelaki (suami) di rumah-rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam riwayat yang lain lagi yang maksudnya, “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda adalah manusia seperti manusia biasa di mana Baginda sendiri membersihkan (mencuci) pakaiannya, memerah susu kambing dan membuat kerja-kerja (yang lain) untuk dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah bahawa mengurus rumah dengan membantu para isteri itu adalah sunnah Rasulullah SAW, dan amalan tersebut bukanlah sebagaimana anggapan sebahagian orang awam sebagai “queen control”. Maka perbuatan tersebut hendaknya dikekalkan demi kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.

Islam sangat menggalakkan umatnya bantu-membantu dan tolong-menolong antara satu dengan lain lebih-lebih lagi suami isteri. Dalam perkara tolong menolong dan bantu membantu ini Allah Ta‘àla telah menjelaskan dalam firmanNya yang tafsirnya, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)

FirmanNya yang lain yang tafsirnya, “Dan mereka pula bersegera pada membuat dan mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya) adalah dari orang-orang yang salih.” (Surah Ali Imran, ayat 114)

Perkara sedemikian juga bersesuaian dengan budaya masyarakat Melayu iaitu kerja-kerja berat biasanya menjadi kewajipan suami manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi kewajipan isteri.

Berdasarkan penjelasan yang telah dihuraikan di atas, dalam apa jua keadaan suami mempunyai satu darjat kelebihan ke atas seorang perempuan (isteri), kerana suamilah yang berkuasa mengawalnya dan memberi mereka nafkah, sebagaimana firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya, “Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri-isteri) .” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)

Kesimpulannya, seorang isteri adalah menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakannya dengan cara yang baik, maka begitulah juga suami menanggung kewajipan terhadap isterinya yang wajib dilaksanakannya dengan cara yang baik juga, sebagaimana dijelaskan oleh Allah Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya, “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (tidak dilarang oleh syarak).” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)Rujukan : MuftiBrunei

 
please mend my broken heart part 2 PDF Print E-mail
Me, Myself n' I
Written by aLdriNa   
Friday, 26 February 2010

I want to feel your touch on my skin...i want to hear your voice whisper in my ear...i want you to love me like i loved you... i want you to hurt like i have been hurting... i wish the fairy tales were true because you would have saved my heart not broken it in two...

i miss you...

 


 
Bila suami tercinta nak buat keje giler... PDF Print E-mail
Me, Myself n' I
Written by aLdriNa   
Saturday, 19 December 2009

Planning abang nak berakit memang dah lama.. rasa nyer dah 2 bulan lebih dia dah bagi tahu aku tentang planning dia.... korang pon leh baca pasal citer planning nih kat blog dia .. cuma masa awal2 dia bagi tahu aku ..memang aku tak la terasa risau sgt... cuma terasa nanti mesti rindu giler kat dia sebab aku ngan dia mane lah pernah berjauhan walau sehari dua.. memang dedua 24 asyik ada kat umah.. bagus jugak sesekali nak terasa rindu tuh...

tapi biler hari ke hari.. hari planning nyer dah makin hampir..dan planning tuh makin bebetul akan dilaksanakan.. aku semakin risau..sampai masuk dlm mimpi.. bukan maksud aku utk tidak jadi supportive..  tp biler memikirkan.. sekarang dah la time hujan.. time tengkujuh banjir... ya allah...lindunglah suamiku ya allah...

bila aku cube tunjuk yang aku risau..dia kata aku tak supportive... sedih sgt aku rasa nyer.. seboleh bolehnya aku memang ingin jadi supportive utk apa jua mender yang dia lakukan.. rasa nya selama nih tak pernah lagi aku tak supportive... even up to last night.. aku sendiri planning nak tolong carikan beberapa barang keperluan dia masa time dlm hutan nanti.. yelah.. to tell the truth.. aku pernah spend masa dlm hutan lebih byk dari dia sebab time aku study dulu masuk sekolah perhutanan.. jadi hutan has always been my 2nd home for 4 years back there... meantime abang? memang totally jenis lelaki yang duduk depan komputer..buat keje2 yang tidak langsung melibatkan pergerakan tangan kaki dan badan yang extreme...

bila masuk hutan..u have to be well prepare..u have to be well knowledge about how to survive dalam hutan... bukan setakat boleh masuk camping etc then kuar.. kene tahu cari jalan..arah.. silap gaya boleh hilang dalam hutan..(nauzubillah..) then malam nak tidow kene dirikan khemah awal2..tinggi2 dari lantai hutan... kene buat unggun api sesiap..set perimeter kawasan..memang penat.. ntah la..maybe knowledge dan pengalaman dari seorang isteri macam aku nih..apa la sgt.. bukan aku nak menunjuk terer sebab byk kali dulu masuk hutan.. tp aku rasa aku kenal suami aku mcm mana... dia cepat seseme kalau kene hujan, habuk etc..cepat pening kepala sampai tahap lembik badan nak muntah semua... even kaalu naik ride roller coaster yg extreme2 cam kat genting tuh..or even penat sgt seharian buat keje berat.. memang dia akan cepat letih dan pening..sebab badan dia jenis manja.. lainlah kalau memang dia jenis kaki sukan..kaki camping..tetiap bulan or minggu ade je extreme activities yang dia buat.. persepsi..perasaan aku mungkin jauh lebih tenang.. lebih ok dari sekarang... sebab aku tahu dia dah biasa buat keje2 giler nih... keje yg berisiko.. risiko yang dipilih sendiri.. bagi aku berakit di sg pahang.. waktu2 musim tengkujuh.. memang extreme...terlalu extreme bagi dia...

tp biasalah..siapa lah aku untuk menghalang keinginan dia..siapa la aku untuk diterima pakai pendapat nya berbanding orang2 lain yang lebih jauh dia dengar katanya.. mungkin juga aku under estimate suami aku.. mungkin aku tak kenal lagi suami aku yang aku kenal 7 tahun lalu...mungkin juga apa sahaja pendapat aku nih tak boleh diterima akal ...aku hanya seorang isteri yang menyuarakan suara hati.. siapa tak sayang laki....

 

Ya allah, kau ampunkan lah dosa ku kerana menulis catatan ini.. hakikatnya aku tersangat la risau dan kasihkan suami ku... kau lindungilah dia dari segala kecelakaan..kemalangan..dan segala yang buruk2...sesungguhnya dialah satu-satu suamiku yang tercinta...dunia dan akhirat..

Ya Allah..aku berdoa kepadamu..apa jua yang dia lakukan..jauhilah dia dari segala bahaya...kau lindungilah dia...kau selamatkanlah dia..peliharalah dia jauh dari kejahatan dan kemalangan.. biarlah dia selamat pergi dan balik semula ke pangkuan ku.. kerana aku terlalu sayangkan dia ya Allah...amin...

Abang... jaga diri bebaik yer...ingatkan yanie dan anak2 selalu bila di sana nanti..we will always be waiting for you back at home....


 
Mungkin ada hikmahNya ... PDF Print E-mail
Me, Myself n' I
Written by aLdriNa   
Wednesday, 02 December 2009

Seperti yang ramai yang telah sedia maklum... baby dalam perut nih ditakdirkan bukan milik aku lagi... Allah dah amik balik dah dia..dan aku redha walaupun Allah hanya pinjamkan pada aku 10 minggu.. cukup untuk buat aku sgt happy..excited dan terasa macam tak sabar  nak tunggu 9 bulan... yelah..memang baby nih unexpected..tp biler dah ada dlm perut aku... sempat dah berangan2 nak shopping bebarang dia... aku sempat kuarkan semua baju2 pregnant aku..siap dah basuh lagi.. dan ade few yg sempat aku pakai.. yelah..kebykkan baju tuh memang muat je terutamanya untuk mummy yang badan besar cam aku nih.. at least kalau orang tengok aku cam gemuk..kalau pakai baju pregnant.. tahulah.. " ooo dia pregnant upernya..."... tp skrg nih dah takleh lah buat gitu dah... 

 


 

kisahnya..  24 november 2008 tuh.. aku hantar mama gi kl.. drive dari nilai.. pagi tuh time mandi aku dah nampak cam ade spotting ( kalau sape yg tak tahu spotting tuh cam kuar discharge kaler coklat2 gituh ).. tp time nih aku tak sakit.. tapi biler makin lama... time kat hotel sementara tunggu mama abis bagi ceramah.. aku dah terasa cam period pain... memang sakit.. tapi still boleh drive kete lagi.. by the time tghhari.. aku kencing.. dah kuar darah...sket sket... memang tak byk.. muler lah cam panic... sakit tuh dah tak sgt..tpbiler dah kuar darah gituh... aku call abang.. ajak dia gi hospital. muler tuh aku gi klinik je.. biler  scan.. baby still tak nampak.. gambar scan tuh macam yang 2 minggu lepas aku scan.. memang takde progress... klinik tuh refer aku ke hospital putrajaya.. incomplete abortion diagnos nyer...

dalam nak gi hospital tuh.. aku memang dah hujan dah.. sayu sgt hati biler memikirkan kemungkinan malam nih kene tidow ward... tinggal faris.. then beberapa imaginasi bengong aku yg membuatkan aku rasa sgt sedih dan takut utk gi hospital kali nih... 

biler kat hospital plak.. setelah 2 jam tunggu baru dapat jumper gynae...  dia scan.. dia kater sac tu masih cantik lagi ..molek bulat jer..  sebab kalu misscariage.. sac tuh akan berbentuk leper jer.. gynae tuh juga kater mungkin sebab hormon aku tak balance since aku masih exclusive breastfeeding faris .. maka tarikh akhir period aku takleh pakai.. so bleeding tersebut merupakan implantation bleeding... so most probably baby still very small and tak nampak lagi... doktor tuh suggest bedrest..rehat kat rumah.. jgn buat keje berat2 dan make sure makan vitamin n supplement yg cukup.. dan kalau bleeding bertambah teruk datang balik... dengan hati yang melompat lompat happy..mendgr kemungkinan chances aku still going to have this baby is there... seronok sgt.. memang berjalan laju je ke kete sambil senyum sampai ke telinga biler ckp ngan abang... there is still hope lah abang... seronok nyer... ( betapa mummy excited nak ade baby nih.. dan dgn harapan yang kembali tinggi hopefully its a girl lagik!)

balik dari hospital..aku rehat je.. since esok nyer rabu.. aku dah nak bertolak balik chini malam tuh... sepanjang hari tuh.. bleeding aku dah makin berkurang.. dan aku pon dah mula rasa sgt sihat.. muler luper diri.. buat keje itu ini.. dukung faris sana sini.. dengannak packing kain baju nyer..ngan bebrang nak bawak balik kg... at the end... biler sampai je chini.. aku muler bleeding teruk balik.. on off..kejap bersih je cam dah stop..tapi once aku start jalan2 buat keje even tolong basuh pinggan sekali pun dah start bleeding balik..

sampai lah hari raya...memang aku tak gi memane pon duduk je rest kat umah.. tapi memang tak benti2 dah bleeding.. walaupun sedikit2 tapi aku dah kene pakai pad..tak leh pakai panty liner je.. hingga lah hari ahad tu... memang darah yang kuar macam air paip..dan cramp giler perut rasanya.. tak leh jadi nya.. memang kene gi hospital balik... so aku kejutlah abang yg masa tuh tgh tidow dgn gaya agak tantrum sket... ajak dia gi hospital...

aku pilih kuantan medical center ..mula nya sebab rasa cam insurance aku cover.. so boleh lah claim.. lagi pon selesa sket.. bukan double standard hospital gomen nih.. tpi ntah la aku nih memilih jugak bab2 keselesaan..cara layanan..etc.. hospital gomen yang aku leh gi hanya putrajaya jer.. sgt ngada and berlagak cam kayer jer kan.. huhuhuhu..

sampai je kat KMC tuh.. aku disorong masuk ke triage.. doktor tuh terus amik darah.. then check blood pressure.. tapi di sebabkan hari tuh hari ahad.. doktor pakar pon tgh cuti raya.. kul 6 ptg baru dia sampai hospital. so aku kene admit ward dulu.. masa kat ward memang selang 1 jam nurse dtg check bp aku.. mane tak nyer.. dari 95/68 turun ke 75/54..then turun lagi..samapi dua tiga kali dia dtg check.. memang masa tuh pon muker aku dah pucat.. maybe sebab aku neves n takut kot membayangkan yg aku kene masuk operation theater nanti... huhuhu... abang takde plak sebab lepas aku admit ward tuh dia terus ke cc ngoh dulu...

doktor pakar sakit puan datang kul 6.30ptg.. erk!! lelaki..huhu first time gynae aku lelaki..segannyer la rasa tapi sebab dah terpaksa..layan je la.. dia scan... memang lama dia scan kat perut aku.. last2 dia tunjukla..yg baby tuh memang tak takde... karung dia pon dah macam berbonjol2.. tak sempurna dah bulat nyer.. blighted ovum dia diagnos aku..

A blighted ovum, also called an "anembryonic pregnancy", is a fertilized egg which implants in the uterus, and begins to devlop a gestational sac. The fertilized egg, however, fails to form beyond the sixth week and is absorbed back into the uterus.

The placenta continues to grow, and the body is usually slow to catch on that the pregnancy is gone. There may be no bleeding to signal a problem; later, the woman may notice a brown discharge. Sometimes a woman will have a loss without ever knowing she was pregnant. Others will discover the pregnancy and all will appear well throughout much if not all of the first trimester. She may not realize she has a blighted ovum until her healthcare provider fails to detect a heartbeat or an ultrasound reveals an empty gestational sac. Since the placental tissue generates the making of pregnancy hormones, many women with a blighted ovum "feel pregnant" but are destined to lose the pregnancy.

In most liklihood the reason for a blighted ovum is random chromosomal accident (further research suggests a 4 in 5 chance that the cause is chromosomal in this situation). In some cases, the egg or the sperm may be of poor quality. -
 

(kalau baby nih hidup pon kemungkinan besar tak sempurna... sebab tuh lah Allah amik balik dia...)

so... doktor terus schedule D and C utk aku malam tuh jugak... kul 11 mlm. sambil2 doktor tuh baik sgt.. terangkan kat aku a to Z procedure2 nyer..memang aku ckp awal2 aku sgt takut and nih 1st time masuk operation theater.. balik ward..macam2 aku pikirkan.. tetibe je rasa rindu sgt kat faris dan danish..byk sgt persoalan2 imaginasi aku..what if kalau doktor bius aku then aku dah tak bangun2 lagi... memang time2 macam nih..aku sgt2 perlukan abang.. sebab masa nih memang aku terlalu sedih..sebak..takut.. neves.. semua ada..malangnyer..he's not here with me for whatever reason... memang terasa kecik hati sgt masa nih... tetibe rasa macam dia tak kisah pon kat aku...boleh lepak2 lagi kat kedai makan etc... tp dalam masa yg sama aku ber sms lah ngan mama n kak nora.. mama and mamat on the way nak datang sini.. terasa sangat betapa sayang mama pada aku masa nih.. memang tambah lagi sedih aku.. sampaikan nak pakai baju operation tuh aku terkial2 pakai sendiri sampai la terasa nak mintak tolong nurse pakai kan.. barang2 aku lagi... abang sampai just before aku masuk dalam operation theater.. memang sedih.. dgn tak sempat nak salam dia ke ape..ntah lah macam takde perasaan je rasanya masa tuh..memang aku diam jer.. tak mampu nak cakap ape dah..sebab terlalu frust...so aku redha je la kalau apa2 jadi pada aku dlm tuh.. aku maafkan dia...

masuk je OT tuh...memang berdebar giler.. mujur la nurse tu lembut n baik..tepuk bahu aku pelan2..dok tenang kan aku...doktor pun tengok aku neves semacam je dia ckp dia masukkan ubat tahan sakit kejap...sambil2 tuh nurse tuh tepuk bahu aku pelan cam dodoi je..dia kata sekejap je.. kalau rasa ngantuk pejam je mata..mula tuh aku try gak lah tahan mata..tp last tak sedar pon..terus mcm tak sedar apa2..

bila aku buka mata.. aku dah kat ward balik dah..abang ada sebelah aku..dia temankan aku tidow sini..tp dlm mamai2 tuh aku suh lah dia tidow atas katil ngan aku since katil tuh cam besar je n muat utk dua orang...pastu aku pon lena balik...sampai la pagi tuh.. still pening2 lalat...dan yang pasti.. memang dah takde baby dah lagi.. dah takde lagi angan2 nak shopping barang baby kat baby fair midvalley bulan mei 2010... dah takde lagi berangan kot2 lah dpt baby girl..seronok nyer rasa..sekelip mata..hilang camtu je...dalam masa 1 jam lebih tuh je semua angan2 tuh tinggallah la angan2...

pagi tuh doktor dtg jumpa aku..bawak sekali baby aku yg dia dah kuarkan dan letak dalam botol utk dihantar ke makmal utk futher check. memang takde ruper baby pon.. cebisan-cebisan gituh jer.. then aku dah boleh discharge...tunggu mama datang dulu so turun sesama.. memang sedih tp ntah somehow.. i know..Allah got better plan for me...

balik umah... kene la pantang..tp biasa la aku.. since apart from still pening2 lalat akibat ubat bius n ubat tahan sakit yang doktor bagi kat aku.. i m feeling perfectly fine.. macam takde ape2 berlaku je.. cume kekadang biler naik kete jalan terhentak sket tuh terasa cam ngilu2 gituh..tp alhamdulillah ok je.. tp still aku berpantang for 40 days la... cukup syarat je.. for a mother of 2 toddler.. a business to run.. dgn tgh renovate kedai nyer.. ngan keje2 rumah nyer.. pantang aku tak macam pantang biasa2 la... malam tu jugak kami bertolak ke nilai balik since esoknye aku dah ade few payment lavender yang nak kene proses dan poslaju product nyer...

so those yang wishing me well... thank you all.. i am perfectly fine now and recovering very fast already. nih dah seminggu kat depan pc dah.. dah ke hulu hilir dah.. get on with my super duper busy life....dgn harapan.. aku dapatlah terus melupakan kesedihan itu... 


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>

Results 1 - 6 of 49

This is me...



Name:
Yanie Nicks: aLdriNa Age: 27 Marital Status: Happily Married Place of Origin: Putrajaya. Occupation: Fulltime Housewife & a mummy of 2 notty but adorable little boys ;p~ Expertise: Shopping + shopping + shopping

Contact: elle_lis(at)yahoo.com YM ID: elle_lis

My Pride & Joy

Mummy's Pride & Joy

Music of the week

Artist: Nubhan
Song: Ada untukmu

My Adores

Food: Chocolate, Cake, Ice Cream
Drink: Lychee, Tembikai
Colour: Pink & Purple
Novelist: Ahadiat Akashah , Judith McNaught n Norhayati Berahim

Recommended


Speedfinger Portal

http://eddie.bumicyber.org/images/stories/theoppositestory.jpg

http://eddie.bumicyber.org/images/stories/Lavenderiklam.jpg

Ruangan Iklan

MyBlogLog widget