|
Story Of My Life -
Me, Myself n' I
|
|
Written by aLdriNa
|
|
Friday, 06 August 2010 |
|
Got this from FB recently... the words is so touching... Jika isteri menangis dihadapanmu…. hargai lah ia sebelum terlewat… Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu.. Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
p/s: hiks!! jgn lepas nih tetiba ade yg komen kononnyer aku gaduh ngan laki aku lagi dah ler.... hahahaha .. my husband ..alhamdulillah.. is a very toughtful man...
|
|
|
General -
Promote
|
|
Written by aLdriNa
|
|
Tuesday, 18 May 2010 |
|
Kali nih aku dapat testimoni bertulis plak.. actually banyak testimoni aku dapat utk produk Reneau termasuk lah dari email..dalam blog..etc... tapi yang nih cam best je nak letak kat sini... adik Azrina nih nak kahwin tak silap aku hujung bulan nih... tapi tu lah.. kalau sekali imbas aku tengok muker cam ok je.. tapi biler tgh buat facial... barulah terasa yg tak best.. memang muker dia oily.. ade jerawat2 kecik...sayang plak... so aku suggest je lah dia utk try reneau.. sebab dlm hati aku confident produk reneau nih mampu pulihkan muka dia dgn cepat janji dia sabar dgn healing crisis... nak cantik kan... mesti lah kene sakit sket... so korang baca lah testimoni dia nih yer.. sebab kalau aku ckp pon tak guna kan... hahahaha... Copy paste dari blog dia: http://azrinabintirusti.blogspot.com/ pRODUK kECANTIKAN rENeu.. Hurm.. kat cni aku nak kongsi sket tentang produk yg aku pakai sekarang. Ak yakin msti ramai bakal-bakal pengantin kt luar sana terutama yg bermasalah dengan kulit muka..berminyak..berjerawat, gelap, kusam, berparut, n mcm2 yg tak berapa nak ok la bile tgk muka tu sedang berusaha gigiih mencantikkan muka masing2. betuk kan? kan? hihi termasuklah ak.. dulu muka ak berminyak sgt2.. jerawat agak kurang but then bile ak stat keje shift ak rasa macam mende nak kuar dr muka aku ni..dah la berminyak..berjerawat pulak tu..tp alhamdulillah bukan jerawat batu yang merah2 tu..jerawat2 kecik2. jerawat ak ni salu tumbuh kt area dahi yg dekat dgn anak rmbut tu..then bhgn dagu..urgh tension sgguh...dah la berminyak..pastu kt pipi warna tak berapa nak sekata..dgn bekas parut jerawat dlu2.. ak risaw gile..dahla nak kawen.. nak g spa asik tak sempat2 je..(dlm hati berangan..ak tak kira nak g jgk spa..smpi ak kata kt diri ak..abis ribu riban pon takpela asal canteq..) tp nsib bek la aku tak turut kate hati tu...kalo tak da lama g new skin solution yg kt dlm tv tu..ataupon ree's skin yg dok tyg kt tv tu.. satu hari tu ak g ngn shikin n mar ke pameran jualan usahawan bznes kt area mydin kota serimas..jln2 tibe2 ade org bg flyers ' Lavender Beauty Spa'.. jeng2..tgk price pakej dia..umm..terdetik nak cube..simpan flyers tu...pikir2 then decide nak try g tnye kt spa tu..28/4/2010 ak ajak shikin (housemate aku) g kuar nilai 3 cr brg pengantin..then kitorg yg agak sekepala pegila spa tu..tnye2 la then terpikat nk cube..terus book tarikh nk buat rawatan kecantikan... shikin buat facial je.. aku buat pakej.. facial, body scrub, urut n foot spa..haha.. semua ni bermula pada 29/4/2010... best buat rawatan ctu..tertido2 aku..hihi.. selesai rawatan, kak yanie as pemilik butik merangkap facial beauty (ms sesi facial treatment) merekemenkan ak gune produk Reneu..mulanya ak cm tak penah dgr..tapi disebabkan desakan nk canteq time kawen..ak pon setuju utk amik trial set.. bygkan sebulan je lagiii masa tu nk kawen..sungguh risaw....
Aku amik Set Kulit Berminyak dan berjerawat.. sabun dia kaler ijau mcm ade nata de coco kt dlm dia..hihi..
 Mula-mula pakai rasa muka ni tegang je..ak da mula risaw sket..then ader jd kulit kering sket kt area tepi mulut n dagu..tp aku tegar utk terus pakai..lamae2 rupanya makin elok...kulit aku makin cerah.yang kering2 tu sbnrnye utk membuang kulit mati bekas jerawat..hihi..lega..jerawat2 yg kt dahi pon semaikn kurang n da kering da hari ni..kulit da makin halus mulus...baru pakai tak smpai sebulan...alhamdulillah...aku cuci muka hari2..n sgt kerap...bgn pagi...tghari sila jgn cuci ok..ptg sket boley..dlm pkul 5 ke atas.. then malam before tdo wajib! aku cuci gne sabun dia..then sapu toner..last spu cream dia.. kurang berminyak da muka aku...
Sangat happpy!!! Thanks a lot kak yanie.. =)
sgt recommend to u! selamat mencube.. tips tmbhn: sila minum air masak dgn byk. sila kurangkan stress. sila amalkan selawat setiap kali nk cuci muka n niat yang baik2 utk kecantikan wajah.. i/A berjaya.. p/s: korg msti kurg pcaya sbb aku tak tempel gmbr kan..hihi..ak segan nk tempel muka aku cni..tp i/A senang2 nnt aku letak ok.. nih website kak yanie tu.. =) sila lawat ok. 'LAVENDER BEAUTY SPA'
*credit to kak yanie utk gmbr ni...tak pe ey.. =p*"
Sama- sama dik.. no problem... lengkali leh promote kat member lain k... hiks!!~
|
|
|
Story Of My Life -
Me, Myself n' I
|
|
Written by aLdriNa
|
|
Tuesday, 18 May 2010 |
|
hehehe..cube teka tak sabar ape tuh... . . .... ............. ..................... ....................................... ..................... ................. ......... .... jeng jeng keng... bulan june nih ade dua movie yang memang sgt2 aku tunggu..tak kire nak gak tengok kat wayang ...sebab nak ada feel... pastu baru suh abang download.. kalau ade la... first movie.. Lagenda Budak Setan - huhuhu...novel nih puluh kali aku baca time2 zaman sekolah gituh.. memang jiwang and feeling habis la masa tuh..berangan jadi "ayu" hhihihiihihi... yang lagi satu... "TWILIGHT SAGA - ECLIPSE"... nih sebab ada edwaaarddd..... hehehehe.... 10 kali tengok twillight dan new moon... memang tak bosan...escpecially biler ade Edward lah.. hehehehe.. p/s: abang... hadiah anniversary tahun nih yanie nak kiter gi tengok midnight ye ..muasshhh!!~
|
|
|
Story Of My Life -
Me, Myself n' I
|
|
Written by aLdriNa
|
|
Monday, 10 May 2010 |
Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa perempuan itu dua macam iaitu perempuan yang kebiasaannya mempunyai pembantu (khadam) dan perempuan yang tidak mempunyai pembantu. Oleh yang demikian menurut mazhab Syafi‘è tidak wajib menyediakan pembantu bagi isteri jika suami tidak mampu. Walau bagaimanapun suami dituntut menyediakan pembantu jika isteri dari keluarga yang kebiasaannya mempunyai pembantu. (Raudhah At-Talibin: 6/453-455) Dalam hal ini, suami juga dituntut (wajib) membayar nafkah bagi pembantu tersebut seperti bayaran gaji, makan minum dan pakaian (sekali setiap enam bulan). (Raudhah At-Talibin: 6/453-455)
Pekerjaan yang wajib dilakukan oleh seorang pembantu isteri itu hanyalah mengenai hal-hal yang khusus dan diperlukan oleh isteri sahaja seperti menyediakan makan minum isteri, membasuh pakaian isteri, memasak makanan isteri dan mengangkat air untuk mandian dan untuk minuman.
Ada ulamak menyebutkan bahawa kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, bukanlah menjadi kewajipan isteri dan pembantu tersebut; isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela, bahkan ia adalah tugas suami sendiri atau ditangani oleh orang lain dengan cara upah dan sebagainya. (Al-Majmuk: 19/369 & I‘anah At-Thalibin: 4/114-115). Hukum ini adalah hasil ijtihad ulamak dan ia bertentangan dengan urf atau kebiasaan dalam masyarakat. Sedangkan urf dan kebiasaan itu boleh dipakai dalam menentukan dan menetapkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya, tetapi bukan sebagai kewajipannya yang mutlak.
Beberapa alasan berikut juga boleh dijadikan hujah:
1. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman kepada para isteri yang tafsirnya, “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)
Sebahagian ulamak tafsir menta’wilkan ayat di atas, supaya para isteri berkhidmat dengan baik ke atas para suami sepertimana para isteri berbuat taat kepada suami mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. (At-Thabari: 2/613-614)
Pengarang kitab Fatawa Mu‘asyirah ada menyebutkan mengenai maksud perkataan al-makruf dalam ayat di atas, beliau berkata yang maksudnya, “Khidmat seorang isteri kepada suaminya adalah makruf (kebaikan). Adapun membuat perempuan (isteri) itu bersenang-senang sementara lelaki melaksanakan urusan rumah seperti menyapu, mengisar gandum, menguli tepung, membuat roti, membasuh … (lain-lain lagi), bukanlah perkara yang makruf, (kerana) lelaki itu bekerja dan membanting tulang di luar rumah, maka demi keadilan sewajarnya wanita berperanan melaksanakan tugas-tugas rumah tersebut. (Fatawa muàsyirah: 1/506)
2. Suami adalah qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri sebagaimana disebutkan dalam firman Allah Ta‘àla yang tafsirnya, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita.” (Surah An-Nisaa’, ayat 34)
Oleh yang demikian, isteri hendaklah menjaga kepentingan suami. Maka jalan yang serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya orang Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah manakala suami pula hanya membantu. Tidaklah menjadi kesalahan, jika ada suami yang berminat dan bersedia melakukan kerja-kerja di rumah seperti kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, kerana Rasulullah SAW juga melakukan perkara-perkara tersebut, sementara isteri pula bekerja di luar seperti berniaga dan sebagainya di atas kerelaan suami isteri.
3. Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan kehidupan harian Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai suami dan isteri, yang masing-masing itu memberi khidmat dan bantu membantu antara satu sama lain; Rasulullah SAW dalam membantu dan menolong ahli keluarga Baginda telah dijadikan contoh tauladan oleh umat manusia. Baginda sebagai seorang Rasul sekaligus sebagai pemimpin negara tidak camah mata kepada ahli keluarga Baginda.
Ini terbukti dalam satu riwayat daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk sembahyang (ke masjid).” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Hadis diatas disokong lagi oleh hadis-hadis lain yang menceritakan Baginda SAW sendiri membuat kerja-kerja rumah seperti menjahit baju, mencuci pakaian, menampal kasut, memerah susu dan lain-lain, sebagaimana riwayat daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada seorang lelaki katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri telah menjahit baju dan menmpal kasut atau seumpama ini.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam riwayat yang lain yang maksudnya, “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri menjahit bajunya dan menampal kasutnya, dan Baginda juga membuat pekerjaan yang dibuat oleh kebanyakkan orang lelaki (suami) di rumah-rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam riwayat yang lain lagi yang maksudnya, “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda adalah manusia seperti manusia biasa di mana Baginda sendiri membersihkan (mencuci) pakaiannya, memerah susu kambing dan membuat kerja-kerja (yang lain) untuk dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah bahawa mengurus rumah dengan membantu para isteri itu adalah sunnah Rasulullah SAW, dan amalan tersebut bukanlah sebagaimana anggapan sebahagian orang awam sebagai “queen control”. Maka perbuatan tersebut hendaknya dikekalkan demi kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.
Islam sangat menggalakkan umatnya bantu-membantu dan tolong-menolong antara satu dengan lain lebih-lebih lagi suami isteri. Dalam perkara tolong menolong dan bantu membantu ini Allah Ta‘àla telah menjelaskan dalam firmanNya yang tafsirnya, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)
FirmanNya yang lain yang tafsirnya, “Dan mereka pula bersegera pada membuat dan mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya) adalah dari orang-orang yang salih.” (Surah Ali Imran, ayat 114)
Perkara sedemikian juga bersesuaian dengan budaya masyarakat Melayu iaitu kerja-kerja berat biasanya menjadi kewajipan suami manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi kewajipan isteri.
Berdasarkan penjelasan yang telah dihuraikan di atas, dalam apa jua keadaan suami mempunyai satu darjat kelebihan ke atas seorang perempuan (isteri), kerana suamilah yang berkuasa mengawalnya dan memberi mereka nafkah, sebagaimana firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya, “Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri-isteri) .” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)
Kesimpulannya, seorang isteri adalah menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakannya dengan cara yang baik, maka begitulah juga suami menanggung kewajipan terhadap isterinya yang wajib dilaksanakannya dengan cara yang baik juga, sebagaimana dijelaskan oleh Allah Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya, “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (tidak dilarang oleh syarak).” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)Rujukan : MuftiBrunei
|
|
|
General -
MISC
|
|
Written by aLdriNa
|
|
Monday, 15 March 2010 |
|
Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat. Cara mengatasi marah dalam Islam ialah: 1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim) 2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) . 3. Minum air. 4. Mendiamkan diri ketika marah. 5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan. 6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai. 7. Berfikiran positif. 8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang. 9. Bawa bertenang seperti menarik nafas. 10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan. tetibe terjumpa plak ngan artikel nih time tgh surfing... good practices for those yg panas baran...kepala hangin...atau sape yang rasa asyik nak mengamuk n marah jer....
|
|
|
Story Of My Life -
Me, Myself n' I
|
|
Written by aLdriNa
|
|
Friday, 26 February 2010 |
|

I want to feel your touch on my skin...i want to hear your voice whisper in my ear...i want you to love me like i loved you... i want you to hurt like i have been hurting... i wish the fairy tales were true because you would have saved my heart not broken it in two...i miss you...
|
|
|